
Hari ini merupakan hari yang bersejarah juga la, sebab dah lama juak la aku tak update. Dah lama sangat tu. Haha. Sebelum ni aku aku sibuk dengan exam, kena ulang kaji sebab ada 4 subjek killer yang aku susah nak faham. Cuti-cuti ni boring gila-gila sebab takde benda yang aku kena buat. Terlupa pula update blog. Hihi. Tahun ni tak kemana sangat sebab abang aku sibuk dengan SPM. Next year aku pulak. Hope, aku boleh tunjukkan dekat parent aku yang aku pun boleh. Aku mesti boleh! Aku saingi abang aku yang ada dekat sekolah sains tu. Ingat sekolah sains tu hebat sangat setakat bagi soalan bucur tu, budak tadika pun boleh jawab. Final tahun ni aku nak buat yang terbaik! Harap sangat dapat TOP 20. InsyaAllah. Cuti-cuti ni aku tak pegang buku pun. Malam ni baru nak pegang buku sekejab. Tengok la dulu, haha. Aku bukan boleh percaya sangat. Haha. Macam-macam jugak la dugaan 2 minggu ni. Hmm. Penat la anak perempuan ni, dah la aku sorang ja yang anak perempuan. Semua baju kena basuh, lipat, sidai, kena kemas rumah, adoi. Takpe la, dah tanggung jawab anak perempuan nak buat macam mana kan? hehe.
No comments:
Post a Comment