Thursday 23 August 2012

Berangan!

Assalammualaikum!

Aku tak tau nak tulis apa, tapi dalam hati rasa nak tulis. Hmm, nak cita something tapi taktau nak luahkan macam mana. Hari ni hari khamis, raya ke5 sudah. Rasa macam sekejab gilalah. Seriously. Sejab je nak masuk form 5 dah next year SPM! OH NO! *jerit dalam hati hahaha* Tapi lepas form 5 mesti best gila gilalah, bebas rasanya. Lepas SPM nak keja. Tapi parents aku macam tak bagi je. Harap harap bagi la, sebab nak dapat duit and shopping! Yeah! *berangan lagi, haha*.

Benda yang aku nak sangat-sangat buat masa sekarang:

  1. Iphone! Of couse nak, haha. Dari dulu aku mintak dekat mak aku, tapi tak pernah dapaat. Mimpi la kalau mak aku bagi. Hahah.
  2. Baju banyak-banyak. Hehe. Aku suka baju. Haha, Shopping best tapi tak suka tempat yang ramai orang rimas kut.
  3. Pergi London. Wow, best tau. Ada 2 orang insan telah berjanji nak bawak aku nak nanti. Eleh, cakap je nak bawak, tengok la nanti tak punya. Aku suka pergi sorang-sorang. Tenang sikit, *berangan!*

Dah la tu. BYE! Assalammualaikum :)







Wednesday 22 August 2012

Eid Mubarak

Assalammualaikum! Fuhhh, dah lama tak update. Alhamdulilah hari ni aku ada masa sikit.

SELAMAT HARI RAYA!


Tak sangka dah raya. Serious? Yeah! Tapi raya tahun ni okey je. Tak berapa best sebab aku marah dekat blablabla. Tahun ni raya dekat Penang! Hehe. Alhamdulilah okey. Kampung ayah aku ramai saudara mara, ramai sepupu yang dah besar. Kadang-kadang aku pun tak tau yang tu sepupu aku sebab ramai sangat. Aku still malu-malu sebab aku tak berapa kenal tapi depa cakap dengan aku biasa ja. Haha. Aku yang terlebih malu. Masa aku beraya dekat rumah pakcik ni ada sorang mamat ni, macam famous tweet dekat Twitter. Seriously, aku ingat dia famous dekat twitter tu. Handsome tu jangan cakap laa, satu family dia muka macam cina. Tak caya? Pegi tanya ayah aku. Hehe. Umur dia dalam 20 something. Abang dia ramah la tapi dia hmm. Sombong sikit. 

Kami balik kampung Perak raya pertama jugak pukul 7 kut sampai, jenuh depa tunggu kami sebab kami lambat sampai. Hehem sorry. Bukan salah kami. Rindu saudara-saudara belah mak aku tu. Setahun mugkin 2 atau 3 kali ja boleh jumpa then jangan harap. Masing-masing sibuk. 

Sebelum tu, aku nak mintak maaf pada semua kalau aku terkasar bahasa ke apa. Aku kadang-kadang tak sengaja. Sorry yer. Hehe. Assalammualaikum.




P/S: Raya tahun ni, 2012. 


  
P/S: Adik aku, Muazzim. Darjah 6, UPSR tahun ni. Macam aku dak? Orang kata ya. Hahaha.


P/S: Abang aku, Hadi. Form 5 SPM! Hahaha

Tuesday 10 July 2012

10 july 2012

Hi, Assalammualaikum.

1. Hari ni Birthday Heechul. yang ke-30. Hehe. Tua dah dia. Hari tu birthday Eetuek ( 1 july).


2. Aku dah meluat tengok Miss Ajumma tu. Hmm.

3. Esok Hari sukan! Yeaaaah, tak belajar. Haha *dancing!*

4. Tadi ada ada senam erobik. Memang malas gila nak bersenam. Hmm. Gemuk la aku.

5. Lagi 10 hari nak puasa. Woa! Tak sabar kut :D

6. Rambut AM nampak lain. Muka stress ja tadi. *hmm, muncul lagi. budak ni. Gedik!* Bahaha XD





Aku suka lagu ni. Sweet ja dengar. Hehe. Tak caya? Try la dengar. Tapi lagu ni lagu korea la. Hehe. 

Sunday 8 July 2012

Friend. Love them so much.



Ni semua kawan aku. Izyan tertinggal, dia tak ikut. Aku sayang mereka-mereka ini. Hehe.
Dari kiri : Nad, Syazwani, Mar, Sarah, aku*angkat tangan*hehe, Auni, Tasya, Fathirah, Nabilah dan Hazirah. Kami satu sekolah tau. Hehe. Semua form 4 :D



Hmm.

 Assalamualaikum, hi.

Kadang-kadang kita kena fikir masalah orang lain jugak. Jangan ikut hati sendiri. Semua orang ada masalah masing-masing. Kita kena faham tu.

#Pertama.

Sorry la kalau kadang-kadang aku terkasar bahasa weh. Aku tak sengaja. Tapi kadang-kadang hang kena lah jugak terima nasihan orang bagi dekat hang. Hang jangan rasa diri hang dah betul sangat. Sorry macam tu. Tolong paham perasan orang lain please. Hang cakap dah betul mungkin cara cakap tu yang tak betul. Siapa yang terasa aku mintak maaf k.

#Kedua.

Honestly, aku memang tak suka abang aku balik. Nanti aku rasa terpinggir sebab orang akan tumpu dekat dia  ja terutamanya mak aku. Mungkin aku kadang-kadang sensitif sikit. Tapi jangan buat aku macam aku tak diperlukan lagi. Kadang-kadang aku rasa macam nak tinggal jauh dari family sebab ni. Bila aku cakap aku nak pindah sekolah mesti mak aku tak bagi. Mesti orang ingat mak aku tak mau berjauhan dengan aku sebab aku satu-satunya anak perempuan tapi agak-agak la. Beri aku kebebasan sikit. Adik dengan abang aku boleh. kenapa aku tak boleh? Tolong faham aku please.




Friday 6 July 2012

Pulau Jerejak bersama rakan-rakan.

4 Julai 2012, Rabu. Hari aku dengan kawan-kawan pergi Pulau Jerejak. Best kut. Walaupun Pulau tu takda apa sangat tapi pergi dengan kawan-kawan best tau.





















Saturday 30 June 2012

Hari Bertemu Pelanggan

Hello!


Hari ni hari Bertemu Pelanggan. Ada yang best, ada yang tak best. Yang tak bestnya Parents aku tak datang. Aku rasa terasa jugalah mak aku tak datang sebab every year mak aku tak pernah miss Hari Bertemu Pelanggan ni. Aku rasa macam ni sebab hari tu mak aku okey ja pergi sekolah adik aku and kalau abang aku suruh datang sekolah dia, mak aku pergi ja. Kadang-kadang marah aku sebab lambat pergi sana. Hmm, kawan aku tanya juga la kenapa aku sedih, sebab ni la aku sedih. Bagi hampa mungkin benda ni macam budak-budak. But for me ni benda yang agak menyedihkan. Tapi takpe, aku faham. Perasan remaja memang macam ni. Masya-Allah. Hehe. Yang bestnya hari ni, tak belajar. Yeaaah. *Dancing!* Nasib tak belajar kalau tak semakin banyak la homework aku. Fuhh, dah la cikgu nak buku. Pengetua nak tengok! Hmm, mati aku. Dah la banyak yang tak siap. Tadi aku tengok cikgu komen pasal aku. Takut tu. Aku tengok komen cikgu chemistry. Takut tau sebab dia garang! Hehe. Aku baca komen dia, dia cakap aku Aktif, selalu bertanya dan selalu bercakap. Hehe. Mana ada cikgu. Hehe. Yang kena dengan cikgu tadi Kavi. Haha. Cikgu ugut dia, cikgu kata cikgu nak bagi tau mak dia perangai dia yang agak teruk tu. Haha. Dia takut gila. Then, bila depan cikgu dia diam ja. Kishen pun macam tu, dia diam ja. Cikgu cakap bapak dia garang. Then, cikgu tanya kami "Tadi bapak Kishen marah dia tak?" Ni mesti cikgu cakap lebih-lebih ni. Haha. Si Hafiy pulak dia nak hari ni hari yang mengajar dia. Dia cakap dekat cikgu Rozi yang cikgu boleh cakap apa saja yang cikgu mau. Lepas tu dia cakap dia nak berubah. Haha, Lawak kut! Haha. Muka dia gelisah ja bila 2 orang cikgu cakap sekali dengan mak dia. Kaka. Ambik kau! Azi pulak sebak, takmau cerita. Macam tu hari bertemu pelanggan tahun ni. Hehe


P/S: Hope semua orang akan perbaiki dan harap mak aku datang tahun depan. Keke. LOVE ALL!







Thursday 28 June 2012

The best moment in my life =)

Assalammualaikum. Hi!


This year aku pergi China dengan student USM. Best la jugak. Merasa tempat orang. Honestly, aku besyukur  sangat kerana aku diberi peluang ke negara orang.Alhamdulilah. Aku ke oversea dah 4 kali. Yang ni tempat yang paling jauh aku pergi, 5 jam nak pergi sana. Orang sana akan usha kita pelik sebab depa tak biasa tengok orang pakai tudung macam kami. Hehe. Rasa macam famous pula *gelik!* Haha. Banyak benda kami tengok dekat sana yang takda dekat Malaysia.



 P/S: Dekat universiti. Entah apa nama universiti ni. Honestly, rasa macam UK! Haha. Aku suka jalan dekat sana sebab tak berapa panas. Pukul 2 pun masih tak nampak matahari.




P/S : Ni dekat universiti. Dalam U ni pelik sikit sebab ada budak, orang tua, makcik dan sebagainya. Haha




P/S: Tak silap aku ni masa aku dekat Zoo kut. Zoo dia biasa ja dekat Malaysia tapi dalam sangkar mesti ada heater. Haha. Lagi satu, special yang dekat sana ada panda. Wow, first time aku tengok panda. Haha


P/S: Ni masa mula-mula sampai dekat China. Dekat Airport :)

Indah dan tak indah.

Assalammualaikum. Hello?



It's Happen



Tadi aku ada jumpa kawan lama. Rindu gila AINA. Dia still macam dulu. Dia tak lupa kawan. Dia sembang dengan kami jugak. Hehe. Happy. Dia semestinya bising macam selalu. Kecik macam dulu but badan dia berisi macam dulu. Okey lettuw. Dekat sana sure ada Pakwe ni. Haha. Tadi jugak jumpa idzham. Dia tak kenal aku. Sedih. Takpe, dulu kami musuh. Haha. Budak-budak punya cerita. Tadi masa dekat kem tu aku duduk dengan Mah May Kim ja. Hehe. Kami jadi kawan baik. Pagi tadi datang-datang macam takda orang bila dah masuk Dewan Pavillion. Hehe. Pavillion tu! Bahaha.






Weh, aku minta maaf!


Dear Mr tutut. Aku minta maaf sangat-sangat sebab aku tak sangka dia berharap. I'm so sorry, kalau aku tau benda ini akan terjadi, sumpah aku tak akan layan dia macam tu. Aku tak pernah syak apa-apa sebab baru seminggu dia text, call dan chat dengan dia. Seriously, aku tak pernah nak jangka. Dalam banyak lelaki yang aku kenal. Dia yang paling selesa untuk aku cakap something but aku suka dekat orang lain bukan dia. Aku taktau pula dia akan diam kan diri macam ni bila aku cakap aku suka orang lain. Hmm. Sekarang ni aku hantar chat tak reply, text tak balas. Phone off maybe. Hmm. SORRY. Really-really sorry. Kita kawankan?

P/S: Dear Mr .... Fatima minta maaf. Fatima tak sengaja. Please answer my text and chat. Friend?